Friday, May 10, 2013

...........

Aku rasa pelik
Aku rasa 'something different'















Aku tak okey.

Tuesday, May 7, 2013

Setiap Orang ada Scene Pertama Kali atau Kali Pertama atau..eh, Mana mana satulah.


Salam.

Lama juga tak update satu apa entry dekat belog ni.
Konon sibuk lah sangat. Praktikum 3 bulan dah habis.
 terkejar pi terkejar mai, tup tup dah study week.
Minggu depan dah mula exam. Omg berdebarnya uols!
Satu apa pun belum study lagi.
Standard ah mana ada orang nak mengaku dia dah habis study. 

Cakap pasal Pertama kali, semester ni memang banyak kejadian pertama kali berlaku kat aku.
Pertamanya, pergi derma darah. Ya. ni pertama kali. hukhukhuk
Punya banyak soalan aku tanya nasib baik nurse tu baik je nak melayan.
Sebelum tuh peringkat awal dia akan check darah dulu.
Yang tukang check darah tu pun muda belia lagi nampaknya. Budak praktikal kot.Aku saje je tanya macam mana dia tahu aku darah apa kan.
Beriya nya dia bagi penerangan.Kah kah kah. Bagus.
Sama macam cikgu aku explain masa kelas Biologi dulu yang masa tu aku tengah usyar orang lain kat luar tingkap makmal.
Eh?Terbagi tahu pulak.

Lepas tu check darah tinggi ke tak, berat badan etc etc boleh pulak mamat ni sambil mengepam sambil main tab dia.amboiii.geram geram je aku nak lempar tab dia kan..

Then, terus aku berbaring dan mengepam darah. Aunty nurse tu sangat baik.Sembang punya sembang, tup tup dah habis. Rasa macam eh,kenapa sikit sangat? Rasa macam puas hati,Macam lega gila.Macam happy sebab dapat derma darah.Over kan? Tahu.
Biarlah nak over.Pertama kali.



Next, Pertama kali aku eksiden. hewhehwhww.
Memang tak bagitahu kat tweet ke fb ke mende. Hahaha.
Selalu memang nampak macam semua benda aku nak tweet, nak bagitahu kan?
Nah, aku rasa baik aku blog kan je.
Masa tu nak pergi Taman Negara dengan kawan-kawan lah. 1 Mei gitu.
Depan Masjid Terapung. 10.10 am.
Kuat juga aku hentam belakang kereta dia. sebab brek mengejut dan aku maybe ikut rapat sangat.
Well, aku pun dah tak ingat.Benda nak jadi. Trauma?Tak sangat.
Boleh lagi la bawak kereta pergi balai polis buat report

Sempat la aku kena berleter dengan pakcik sarjan tu.Gila sempoi.Serupa pakcik-pakcik.
Aku nyaris-nyaris panggil dia pakcik.

Then, pergi pekena Beriyani Hameediyah, jalan-jalan carik street art.
Tapi Alhamdulillah.everything's okey.
Aku tahu aku salah.
Aku tahu banyak dosa aku buat.
Aku tahu apa salah aku.
Takpe,aku terima
Takkan nak cerita apa dosa aku kat engkorang pulak!Haih.



Kejadian pertama kali seterusnya ialah MENGUNDI!


Amboi...pertama kali mengundi pun nak belogkan. Sumpah over.
Biarlah. sebab aku tahu ada orang daftar pun tidak.Kaaaaaaaaahhhhhh
Kenapa tak prihatin sangat ni?
Isk isk isk.
Masa praktikum, kami ada satu aspek yang kena dinilai oleh pensyarah dan guru pembimbing.
Keprihatinan.Skala 1-5. Nak dapat skala 5 pun payah oiiii

Jadi,aku bagi skala 1 untuk mereka yang tidak berdaftar dan keluar mengundi!
Warga emas pun pergi mengundi.Depan mata aku, siap berkerusi roda lagi atuk nenek itu.
Awak yang muda sihat walafiat dan banyak komplen tapi tak pergi mengundi pun.eh.LOL.
Kena tambah LOL nanti ada yang sentap walepatliat.Susah =( =(

Tapi ada juga kes yang pergi daftar tapi tak tahu sebenarnya kena 6 bulan sebelum.
Kawan-kawan yang baru balik dari NZ ramai juga yang baru daftar.
It's ok.at least, diorang dah one step closer. gituuu.

Ok, lepas ni nak cerita pasal Penang Street Art.
Tengok kalau rajin.
Kbai

Monday, April 8, 2013

Pedoman


Bakal pendidik, pendidik, pendidik yang hampir pencen,
 dah pencen dan semua yang mahu bergelar pendidik.
Oh.Ibu Bapa juga. =)


~ Bilik Guru Sk Hot.