Wednesday, December 14, 2011

Pulau Payar indah tak terkata

Salam.

Dulu aku pernah pos pasal Pulau Payar ni. KLIK  oh.Bulan Jun rupanya. Naik je Semester baru, terus kitorang gi jalan-jalan. Yang pergi pun kebanyakkan memang budak-budak kelas sendiri sebab majoriti kami memang ahli Kelab Pencinta Alam.



Sunrise :)

Sebelum tu, nak bagitahu la Pulau Payar ni terletaknya di Kedah. Sebelum ke Pulau Langkawi, jumpa la Pulau Payar ni dulu. Sekejap je dari jeti feri Kuala Kedah tu, dah pun sampai. Kitorang kat Pulau Payar selama 3 Hari 2 Malam. Ehem. sebenarnya pun dekat Pulau Payar ni mana boleh bermalam.Haha.Yang bertuah je boleh.Haha.Tak adalah, sebenarnya kalau nak ke Pulau Payar ni, korang kalau nak pergi, kena pergi Langkawi dulu.


Pantai dan Kawasan Snorkelling

Dari Langkawi, ikutlah pakej hotel ke mana-mana yang ada pakej ke Pulau Payar ni. Kalau tak salah, masa korang di Pulau Payar ni hanyalah dari pukul 10 pagi hingga 3 Petang je. Makanan pun disediakan.
Ni memang aku sendiri tengok.Ramai pelancong-pelancong dari Thailand, Timur tengah la..mat salih usah cerita la..sepah!

cantik kan?macam wallpaper :)

Kitorang pun tidur dekat gazebo-gazebo tuh jek. tapi terpisah lah lelaki dan perempuan. Nasib baik dah dipesan bawa sleeping bag. Pergh.Sedap gila tidur ramai-ramai dengan angin laut, tengok bintang-bintang. Jangan risau. Toilet dengan bilik persalinan memang ada. Cuma dekat Pulau Payar ni tak ada bekalan air bersih. Memang sepenuhnya guna air masin/air laut. Cuma ada 2 kolah je ada bekalan air bersih.Itupun sebab kitorang bayar. Bekalan air bersih dapat dari tanah besar. Kena pam.Macam tu lah kiranya. Jadi, bawaklah air mineral banyak-banyak :P

:)



Aktiviti kitorang, snorkelling lah.Apa lagi. Memang best la.Hari kedua macam kitorang belajar-belajar dulu, then dilepaskan dekat kawasan tu then ada buat game lah, jungle trekking lah.Memang best lah. Snorkelling lah best.Tak payah risau nak tenggelam ke apa. Kan pakai safety jacket tu.Haha. Memang pun itu arahan sebenarnya.Walaupun nak mandi saja-saja.Mesti Kena pakai.Sebab bukan macam pantai biasa.

Pagi di Pulau Payar :)

Aktiviti malam macam biasalah game dalam kumpulan, ceramah dari Jabatan Laut etc etc.
Pulau Payar ni menurut diorang, memang nak dibangunkan tapi atas sebab musababnya tak jadi. Masa Jungle Trekking pun, kitorang nampak chalet2 yang didirikan tapi ditinggalkan lah.Kira macam terbengkalai.Lagipun mestilah musnah keindahan pulau ni dan hidupan akuatik kan kalau ada pembangunan Kitorang pun berenang sampai ke Langkawi Coral. Kat situ memang sumpah dalam ya amat. Sesuai ah kalau nak scuba kan. Then,kitorang main-main air then snorkel je lah.Dapat la tengok Nemo, angelfish, ikan kerapu, gamat, ikan yu dan ada yang nampak landak laut lah,apelah. tak ingat dah.Lama dah.Haha

Ikan yu dan remora


Langkawi Coral

Di Langkawi Coral.Dalam gila wehhhh

Kami :) 

Sampah sarap yang kitorang punya pun masa hari terakhir dibawa pulang ke Tanah Besar. Sampah Sarap tak boleh ditinggalkan pun.Pentingya kebersihan kat pulau ni kan?Hurmm.Kalaulah kat tanah besar pun orang ramai dapat jaga kebersihan kan best :)

Oklah, ni ada gambar-gambar.Cantik.Serius.Kalau ada rezeki, pergilah Pulau Payar walau hanya 5 jam.Heheh.Dengar cerita, Pulau Payar lagi cantik dari Redang dan Tioman.Hehe


Gambar underwater dari juruselam professional

Gambar dari juruselam professional yang mengiringi kami

Nemooooo

Angelfish.Pakai olympus katanya.

Subhanallah


credit gambar : koleksi sendiri.hehe

3 comments:

izyantyPersonalTaste said...

xpernah p lagi...teringin nak p c2 cantik

HiJaBViOLet said...

awai entry ni kuaq..adala dekat setengah taun, hehe JELES. tu sebenarnya, naaaaaaaaaaak pi, nanti kita pi lain na, walaupun hanya 5 jam. hehe

Fifi Nadhrah said...

salam kenal dari fifi..

tq 4 da info untuk pulau payar ni..