Tuesday, March 13, 2012

Sekilas Pandangan : Novel-Novel Hlovate

Salam

Masa sekarang, aku percaya, ramai yang dah kenal siapa Hlovate. Maksud aku, dari karyanya. Penulisnya masih lagi menjadi misteri buat kita semua. Tulisan beliau memang menyentuh kita, dan mengundang pelbagai rasa. Suka, suka, tawa dan kesyahduan. Ada yang kita senyum, ketawa dengan keletah-keletah karakter yang dikupasnya dan ada yang kita tersentuh dan sebak dengan perubahan-perubahan yang ditonjolkan.

sebak dengan perubahan? pembaca dan peminat tegar Hlovate akan faham sendiri apa yang dimaksudkan dengan 'perubahan'. =)

Aku mula kenal novel Hlovate masa tahun 2008. Setelah membaca review di GengKicap , bertajuk 'Rooftop Rant', aku dah tertarik. Aku kirim pada teman sebilik yang melangkah ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Usai terima naskhah tersebut, aku gembira kerna disertai dengan sebuah bingkisan Al-Mathurat beserta nasihat dan tandatangan Hlovate. Menarik bukan?

Setelah itu, aku mula jatuh cinta dengan karya Hlovate. Kisah Trisy dan Jade mula buat aku terfikir. Mendalami perubahan-perubahan yang dilalui karakter, buatkan aku hidup. Aku mengaku Rooftop Rant merupakan karya Hlovate yang matang berbanding karya-karya lain.Oops. jangan cepat melatah. Pandangan tidak sama. Lagi pula,aku ada kesemua novel Hlovate, jadi aku sudah membandingkannya :) Kisah mereka juga mengubah persepsi aku untuk menilai seseorang.



Siapa kita untuk menilai seseorang jika kita sendiri tidak menghulurkan tangan untuk membantu dan menghulurkan telinga untuk mendengar? *senyum*

 Karya kedua yang aku miliki, Aa+Bb . Ini merupakan karya yang paling dekat dengan aku. Kisah Benz Aliff dan Addin. Kisah suami isteri muda yang membuai jiwa remaja. Siapa sangka sekeras-keras Addin, tunduk dengan kelembutan Benz Aliff ? Haha. Kisah Didi dan Benji memang sweet. Sampai sekarang aku masih berpegang dengan kata-kata Benji, ' Start the day with something sweet and end it with something sweeter '. tidak mahu menipu, Benji menduduki carta teratas dalam senarai aku.Haha. Untuk permulaan, aku pasti mencadangkan sesiapa ingin mebaca karya Hlovate, boleh membaca Aa+Bb dahulu.


Tunas merupakan kisah anak-anak remaja di asrama. Ia juga merupakan permulaan kisah Didi dan Benji serta teman-teman. Tunas juga dekat dengan jiwa. Sementelah pula, aku juga pernah melalui kehidupan berasrama yang seronok dan 'fun'. Terdengar khabar, Hlovate merupakan bekas Anak Mara Taiping , MRSM Taiping eh? Hai Senior! :) Oh, aku Anak Mara Beseri suatu ketika dahulu. Latar, lokasi, semua yang dinukilkan sedikit sebanyak seperti apa yang telah kami alami atau lebih dikenali sebagai budaya di 'mrsm'. namun telatah-telatah menghiburkan didi, benji, kucai, dan rakan-rakan memang mencuit hati dan di sini jugalah bibit-bibit antara benji dan didi terjalin yang membawa kepada kemanisan di Aa+ Bb.


5 tahun 5 bulan. Kisah Along serbia dan Ana, pembantu rumah yang merupakan seorang doktor bijak. Haha. Kisah pasal kehidupan. Bagaimana Ana melalui fasa-fasa hidup yang mematangkan diri dia dengan dibantu oleh karakter Along yang juga merupaka 'soulmate' nya. Siapa sangka. Paling best sebab Ana tu pandai masak tahu. dan Along sangat sweet sebab dia adalah penyokong dan sumber inspirasi Ana yang paling kuat. 'How we girls always dream that we can have this type of man, rite?' tapi Along tiada dalam senarai top 3 aku. dalam top 10 ada lah. :) . Oh, aku masih belum cuba Peach Cobbler, maybe i'm waiting for my 'Along Serbia' to try this recipe and give that damn comment just like him? *angkat kening double jerk*


Gurindam Jiwa. Ada 3 novelis dan salah seorangnya ialah Hlovate. Hey, kata peminat kipas-susah-mati , mestilah semua yang bernama Hlovate aku ada.Haha. Kisah pasal Abg Shah dan tak ingat karakter perempuan. Aku dapat Gurindam Jiwa di Pesta Buku Antarabangsa 2010. Aku ke sana sebab nak dapatkan Versus, tapi cepat betul habis. Mai jauh-jauh patah hati bila kakak tu cakap, Versus dah habis dik, datang esok ye,' tapi nasib baik dapat rembat Gurindam Jiwa. Aku pasti tak ramai ada :p . Lantunan Schubert Serenade juga melatari kisah mereka. Memang layan. Sisi karya Hlovate bagaimana seorang perempuan bangkit dari kesedihan akibat kematian satu-satunya orang yang paling rapat dan memberi sokongan padu kepada dia. tak banyak yang boleh coretkan. *selongkar kotak dan perlu baca semula*


Pelangi. Juga kompilasi dari Jemari Seni. Hlovate datang dengan Ked's Story. Jika anda membaca Versus, tetapi tidak membaca Ked's Story, serius anda rugi. Kisah Ked dan Nawal. Bagaimana ia bermula dan berakhir di Versus. Jangan keliru, Versus lebih kepada kisah AO dan Minn Edina dan dalam Ked's story juga ada disentuh perihal AO dan Minn Edina yang diekmbangkan ke Versus. Ahaa. Jangan keliru. Kisah bagaimana Ked, seorang skater sejati jiwa dalaman dan luaran jatuh cinta dengan Nawal. Bagaimana dengan prinsip Ked sendiri yang dilihat 'sosial' atau 'anak liar' untuk berubah dan masih mengekalkan prinsip kuno nya yang tidak mahu bermakwe-makwe walau dia punya banyak pilihan untuk memilih. Well, Ked also in my top10 list.Haha. Sweet ok. Lagipun karakter Ked ni..ermmm.ok Next!


Versus. Aura versus membuatkan aku pertama kali menjejakkan kaki ke Pesta buku antarabangsa PWTC 2010. Ya, pertama kali.Aku jauh maaa.Haha.lagipun selalu KLIBF tak buat masa cuti sekolah. Kecewa sangat. Pergi nak cari Versus, tapi tak dapat. Kecewa gila oih. Last2, dapat juga kat Popular Penang. Bersabarlah aku. Versus. Dari sisi AO dan Minn Edina , yup. AO merupakan the third one in my list :). Aku suka AO dengan ketabahan dan kecekalan yanga da pada dirinya untuk berubah. Siapa tak tersentuh dengan Minn Edina yang berubah 360 darjah? Aku juga ada keinginan itu.

Baca Versus buat aku banyak berfikir dan menilai keadaan sekeliling. Dan aku juga, seperti Minn telah menetapkan sasaran itu. Tapi mungkin bukan sekarang, mungkin bukan dalam masa terdekat, tapi semua itu sentiasa ada. =)
membaca Versus, aku tertarik dengan kenyataan AO yang ingin membesarkan keluarganya bersama Minn di Aussie berbanding Malaysia. Nak tahu?Bacalah. Setelah berbincang dengan teman-teman, kami tersenyum kerana mendapat apa yang dimaksudkan oleh AO atau Hlovate sendiri mungkin?.


Contengan Jalanan. Yang ini aku kirim pada adik teman baikku di KLIBF 2011. Saat dapat memegang naskhah ini, aku sangat gembira. Obses aku terhadap buku sama seperti anak kecil mendapat gula-gula dan perempuan mendapat kata cinta dari lelaki :) Ya, satu lagi nukilan matang dari Hlovate. Pening kepala juga nak hadam amende la alat-alat music dan term-term yang dikaitkan. tapi itu sedikit pun tak menjejaskan dan mencacatkan perjalanan aku menghabiskan karya itu. Lagipun, 'google' kan ada. itu yang menarik karya Hlovate. Di samping memberikan hiburan, kita disogok dengan pengetahuan dan elemen islamik yang tinggi .  Kisah K2 dan Fend yang boleh memeningkan pembaca dengan cover ilustrasi yang turn upside down. aku pun tak terkecuali. patut baca kisah Fend dulu, baru K2 tapi aku baca K2 setengah,tak faham, then tengok kisah Fend, aku pun *tepuk dahi sendiri* . Haha! Menarik kisah yang dikupas.Terutama setelah musibah yang menimpa dan bagaimana mereka 'mencari'

Menarik bukan? dalam bacaan santai yang memberikan penuh makna, Hlovate berjaya menghasilkan karya-karya yang lain dari yang lain dengan menggunakan bahasa tersendiri. Aku tahu ada yang tidak begitu menggemari bahasa yang digunakan Hlovate seperti yang pernah aku baca komen-komen di sebuah forum. Lain orang lain rasanya kan?

Lepas ni nak tulis pasal satu lagi novel yang sangat sangat bermakna. it changed me. A lot.

13 comments:

PinQib said...

peminat hlovate yang die hard fan niii

Irfa said...

baru lepas baca satu novel bertajuk M.A.I.D..kelakar sgt ;)

Muslimah Optimis said...

penulisan hlovate memang superb best..islamik santai.. tapi belum pernah memiliki mana2 karya hlovate. Baru beberapa naskah novel yang dibeli itu pun sejak sambung belajar.. Baru pernah baca Aa+Bb, Tunas, 5 tahun 5 bulan, Contengan Jalanan. Yang lain belum pernah baca.. Xnak jual second hand ke?? Nak beli.. huhu

OrenLimau said...

Muslimah optimis :
Saya tak jual novel-novel Hlovate.maaf :)

OrenLimau said...

Muslimah optimis :
Saya tak jual novel-novel Hlovate.maaf :)

zazizuzezo. said...

yea, in fact, most of the latar yang diguna berbau ke-mrsm-an. im from mrsm pc anywayy:D

OrenLimau said...

hello! i'm ex beserian :)

skyjamil said...

kita sama..fan of hlovate and sy stuju cdgn bg 1st reader,,baca aA+bB.. =)

lia zarwina said...

contengan jalanan and pelangi...2 buku yg still x dpt bace...gler rindu novel2 hlovate...kne cari, serius...karya die bleh bg air mata meleleh kot..sedar dn sentiasa ad dorongn...

peconteng picisan said...

have all the hlovate novels..interesting!!sampai rase macam nk panjat pokok kelapa and said i'm yours ( milik Allah ) ^^

nurul said...

huhu..bukunya memang sesuai dengan lelaki atau wanita..tetapi lebih2 lagi golongan muda,sebab nampak gaya penceritaan dan topik tertentu dalam novel2 ni banyak yang urban-kemodenanan..

Novel pertama saya baca rasanya Aa +Bb ke Tunas..saya tak ingat..kemudian Versus..HLOVATE ni misteri betul..Harap kelak ada ketika dia terbuka hatinya nak memberitahu siapakah identiti sebenar..maka terlerailah tertanya-tanya di hati peminat dan pembaca -D

OrenLimau said...

itulah.banyak nak jumpa dia ni :)
someone who inspired people a lot :)

vondea said...

buku baru hlovate, yg tajuk anthem tu baru keluar kan? ape lagi? serbu!! hahaha